Saturday, October 27, 2012

Program Raya Kami di Perantauan


Pertama dan paling utama gue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yg bace blog gua nie. So, bile dah ucap pasal raye, entry pon mesti lah pasal raya la kan? Untuk pengetahuan you olls, raya tahun nie…merupakan raya kedua gue di perantauan..ecece…mcm dah boleh buat salam perantauan dah..hee..padahal, bukanlah jauh mane pon..Skudai ke KT je pon. Okey, xnak merapu panjang2. Entry kali ni lebih kepada cerita ape yg kami buat untuk raya di perantauan kali ni. Jeng…jeng…jeng…!!

Bab Satu : Sebelum Raya !


Idea untuk menyambut raya ‘’besar-besaran’’ sebenarnya di cetuskan oleh Lie. Setelah memikirkan pros & cons, idea tersebut telah approved! Haa..dan menu makan pagi yang dicadangkan ialah nasi  himpit + rendang ayam! (semua instant!)..so, ape lagi petang sebelum raye, terus gerak ke Jusco utk cari bahan2 dan keperluan lain.

Okey. bahan2 untuk memasak sume dah cukup. Tinggal nak masak je. Selepas makan, sekitar pkul sepuloh mlm aktiviti merebus nasi himpit segera pon bermula.(smbil kedengaran takbir raya dari MSI..sayu plak..) Haa…satu bungkus ade ade 35 pek kecik. Kami beli 4 bungkus, jumlah sume  140 pek kecik. Pastu rebus plk guna 3 rice cooker size bujang..Hambek kau..pukul 4 pagi baru siap rebus semua sekali. Haha..tp, seb bek la xde la bosan sgt sbb ramai yg tolong tengok2 kan..beckup plan, ariff dan aiman tido awal. Supaya keesokan pagi dorg blh bgun awal kejutkan kami..kalau x, terbang la sembhyg raye kami.

Lie tekun merebus nasi.

Bab Dua : Pagi Raya !


Nasi semua dah settle. Yg tinggal, esok cuma panakan rendang ayam segera je. 4.30 pagi semua bersurai. Tido2! X lame lepas tu, kedengaran org kejutkan subuh. Okey, smbhyg subuh dlu. Pastu smbung aktiviti tido balik. Hee..sekitar 7.15 pagi..kelihatan Arif dan Aiman sedang siapkan makanan dan buat air.(sunat dipagi raya menjamah sedikit makanan) Hehe..seb bek la dah suruh dorg ni tido awal2..klo x, kalut jgk pagi2 nk siapkan mkanan.



7.45 gerak ke masjid. Sorry pak imam, kami lewat ke masjid. Tp sempt jgk lah bertakbir lebih kurang 15 minit. Then, 8 pagi sembhyng raya. Perghhh…laju gila pak imam bace surah2..lepas tu khutbah pon, perghhh…laju gile. Hehe..kejar mase nk sembelih lembu kot. (yelah, 16 ekor lembu kot nk kene sembelih, plus beberapa ekor kambing lagi..pastu nk solat jumaat lagi.)
Lepas smbhyang raye..mcm biasa..mesti tangkap gambar sekitar kawasan masjid.. nk buat salam perantauan la kononye. Hehe. Tp kali ni kami kurang productive sikit. So xde la video raya spt dua tahun lepas. Okey. lepas tangkap2  gmbar terus pulang ke bilik. Xsabar  dah nie nk makan pagi. Smpai bilik, semua mainkan peranan masing2..ade yg buat air..ade yg panaskan rendang, ade yg potong nasi himpit ade yg bnyak lagi la..hee..pokoknye, saling bekerja sama.

makanan pagi di pagi raya
Siap sedia untuk...Ngapppp!!!

Nasi himpit lagi bnyak dari rendang. Oke fine, randang pon terpaksa dicatu. Haha..kesian. tp xpe la. Ambik feel dipagi raya. Settle pasal makan. Mcm biasa. Kalau hari raya puasa, mesti ade gmbar family. So utk, jadikan kenangan..kami turut bergambar ‘’family’’’ jgk sebelum bersiap2 ke tempat sembelihan.


Blakang (kiri) : Khai, Lie, Wan, Yase, Semi. Depan (Kiri): Arif, Aiman, Jimi, Syukri

Bab Tiga : Melapah !




Oke, masing2 dah tukar suit utk melapah daging. Vanue sembelihan tahun ni dah tukar ke dusun UTM. Haa..ni tempat kami ber’’KO-Q’’ dulu..so, dah familiar sgt la dgn tmpat nie. 16 ekor lmbu utk di sembelih. Kambing pon ade..tp xingt berapa banyak. Dan yang paling best…lembu yang ke dua belas di lapah oleh geng2 kami. Haa…nice experience! Dari awal smpai habis. Untung la kan? Boleh belajar bnde nie…bukan senang nk dapat peluang gini. Okey la. dah dewasa kan..xlame lagi nak kawen.. sedikt sebnyak melengkapkan diri dengan ilmu2 yg xde di dalam bilik kuliah ni. Heee…tp gue, dari awal asyik pegang kaki lembu je..pastu angkat2 daging..hehe. 11.30 pagi, aktiviti melapah dh settle. Penat weyh! Balik bilik…terus lelapkan mata..tp, seb bek la solat jumaat x terbang. Hehe..lepas jumaat, kat dusun ade jamuan. Sup die..pergghhh..!! menjadi beb..seb bek la dtg awal..boleh pulang awal. Then, gue sambung balik aktiviti landing atas katil…TIDO!! Haha.

okey. daging tu korg punye! ahha..
Semi & Aiman gigih melapah
itu dia...wan sedang menunjukkan skill yang tersembunyi

Bab Empat : BBQ Time !


Sepanjang tido tu…gue dah x tahu ape yg terjadi. Yg pasti mereka dah pergi kat tempat pembahagian daging dan ade yg da pegi beli bahan2 untuk bbq. Sedar2 Lie masuk bilik kejutkan utk bersihkan daging…kejap lagi Jimi masuk bilik ak bawak 6 kilo daging. Perhh..mana hang dapat daging bnyk2 nie Jimi?! Haha..mmg BBQ sakan la kami. Seterusnya, masuk bilik tengok dorg tengah bertungkus lumus potong daging utk dibersihkan. Next, part basuh dan bersih kan daging diserahkan pada semi dan gue. Lepas basuh, wan mainkan peranan utk perap dan settle pasal sos. Ramai plk tester yang menunggu. Hee… lepas isyak. Aktiviti bbq bermula. Masing2 mainkan peranan…dan Zain, Arif dan gue settle kan pasal sup. Haa…sop org bujang..camne la sgt kan? Letak je semua bahan yang ade..haha..last2 rase mcm singang daging. Okey la..boleh mkn dgn nasi himpit pagi tadi. Haha..untuk daging yg dah bakar tu..rase die mmg terbaikk!! Nice la wan..enzyme2 tangan Wan merembes dengan baik!..haha.. untuk bbq malam tu, okey la..sbb daging bnyak..program pon santai je. .sambil makan layan lagu plak tu..

mereka-mereka sedang gigih memproses daging utk bbq
Wan si pemerap daging dan tester2 semua

Ceria menikmati juadah yang ada
rezki yang kami nikmati di malam tersebut

Barisan penggerak




Bab Lima : Penutup !


Bbq time hbis dalam pukul 11.30. kemas barang then terus lepak kat markas. (sorry elly, bilik hang dah jadi markas). Layan2 photo yg gue tangkap sepanjang hari tersebut. Okey la santai2 je. Overal, gue rase puas hati sgt dgn program kali nie..(tp sayu tetap ade..sebab xdpt balik rumah). Raye di perantauan kali ni pon lagi best dari dua tahun lepas. Yela, kali ni dah plan baikk punye! Hee..yang paling best, makan nasi himpit tu jadi menu utama kami..’’makan pagi, petang, siang & malam!’’ hahaha..

Aidil Adha 2012




Okey dah. Itu je. Gue pond ah x larat nie..jmpe lagi next time yer. Bye-bye..!

Waktu paling best duk kat UTM ni adalah waktu dimana remai org balik kg..so, xramai org kat UTM. rase mcm UTM ni gue yang punye! Ha Ha Ha Ha!

2 comments: