Sunday, July 24, 2016

Nafas Baru

Assalammualaikum Wbt..1,334 hari atau bersamaan 4tahun, 7bulan, 26hari. Satu tempoh yang agak lama, selama itulah aku telah tinggalkan blog ni. entah, macam mana tiba-tiba wujudnya perasaan untuk kembali login ke blog ni... bermula dengan melihat last entry yang bertarikh, 28 November 2012..kemudian brjangkit lagi sehingga aku membelek-belek lagi entry-entry lama...  time ni la dapat mengimbau kenangan-kenangan lama, rasa seronok membaca dan lihat kisah kisah lama. xsia-sia rupanya wujudnya blog ni. paling kurang, moment tersebut dapat di abadikan di sini dan tak akan terus dari ingtan aku.

Oleh sebab itu, ak merasakan sayang untuk tinggalkan blog ini usang dan terhenti sampai di situ sahaja. kenapa tidak untuk aku kembali aktif ? sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang ak boleh kembali membaca seperti apa yang telah ak lakukan pada hari ini. Doakan supaya blog kali ini tidak akan terhenti di entry ini sahaja dan aku terus istiqomah dan banyak lagi catatan-catatan dalam kehidupan ini terus di abadikan di sini. ok, dah!! cukup melalut panjang berjela.
 
Ok, bila dah lama sangat tinggal, rasa xtau nak start kat mana. Hmmm...rasanya, elok aku sambung semula dari awal. setelah di semak tadi, blog khas yang aku wujudkan sempena semester terakhir masih xcomplete lagi..hahahah, di sebabkan blog tu wujud, blog ini ditinggalkan. tapi blog tu di wujudkan special untuk semester terakhir sahaja. ok, jangan pening..biar je blog tu mereput. nanti ak update semula ending dia kat sana.

so, sesi #throwback pun bermula. (oh ya, lupa nak bagi tau...dlu xde pon hashtag2 ni.. sekarang org skit2 letak # ..hahaha). Jom layan dlu apa yang dah berlaku selama 4tahun, 7bulan, 26 hari tu. Ak throwback mana yang penting sudah la ye.. banyak-banyak sangat muntah pulak nanti.

Lapor diri ke Pejabat Yayasan Tenaga Nasional. 

tarikh dia ak lupa bila, tapi yang ak ingat adalah seminggu sebelum raya. masa ni  bulan puasa. dapat email suruh lapur diri segera. penting katanya. kalut laa kita duk cari tiket bus time tu jgk. time ni la first time duduk Putrajaya. tumpang rumah si Afif, kuarters polis.

Afif, Aku dan Munzir. Gambar kenangan depan bangunan Yayasan Tenaga Nasional. Sila compare size badan aku masa ni dengan size badan pic yang terakhir nanti. tak banyak beza! ye ke?
Kali Pertama Sampai ke Ipoh.

14 Sept. 2013, Ini boleh di kira titik permulaan ke hidupan baru la kononye. mana tak nye.. hasil lapor diri kat atas tu, aku di tempatkan di TNB Ipoh. Masa ni, ayah dan adik aku hantarkan.

Masa ni lalu ikut jalan Simpang Pulai. mula mula x perasan ada tulisan IPOH tu. tu yang picture main belasah je.. janji ada.

First Day Kerja

 18 Sept 2013, Officially bekerja di TNB Ipoh, sebagai seorang kulikutive. Hahaha.
Gambar dekat parking. Hari pertama, pukul 7.20 pagi dah ada kat kawasan pejabat dah.



 Majlis Graduasi

27 October 2013. Hasil penat lelah selama 3 tahun kat UTM. Masa ni mula mula malas dah nak pergi. sebab sibuk dengan komitment kerja (eh..bukan masa tu aku tengah du bersenang lenang ke sebab floating). Tetapi fikirkan kenangan dan meraikan hasil kejayaan tu.. ak datang juga la. sorry, pic dengan family xde dalm laptop ni. so, ak upload pic dengan rakan seperjuangan aku jela. Brother love..eh eh..silap. brotherhood!

boleh la...pic yang cantik2 ada dalam external hardiks kat kg.
Bla...bla.. bla... masa berganti masa, bulan brganti bulan...tahun berganti tahun..rutin harian aku tetap sama...sebagai kulikutive, anak kepada mak dan ayah aku, sebagai hamba kepada pencipta. (ini sebab malas nak cerita dah). Selain dari tu.. dalam masa yang sama..selepas belajar.. aku juga kenal sesorag. mula dari kawan. then...


 Majlis Graduasi Zaman Bujang

Kah kah kah!! bujang pon ada graduasi....

28.05.2016 - Photoshoot selepas akad nikah
29.05.2016 - Majlis Kahwin
So, kirenya hati ini telah di curi lah ye! sape berani nak curi lagi? ada tiga tempat kosong lagi. Zaman sekolah dlu. Cikgu Madihah (guru bahasa melayu di SMTT) cakap, xpayah bercinta la di waktu sekolah ni...cari kat universiti nanti. Sampai kat universiti ak cari, sorang pun xjumpe. xlaku pasal xhensem tu salah satu lah kot!

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.11 ptg. setakat ni dahulu sesi #thrwowback kite. Elok rasanya aku mengundurkan diri dulu. Solat Zohor belum lagi weyhhh!. semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang. Doakan supaya ak gagah juga menulis. haha.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah aku yang telah meninggal dunia pada 17.03.2014.