Monday, August 1, 2016

3 Hari 2 Malam Di Langkawi - Part 1

Assalamuaalaikum Wbt, Alhamdulillah jumpa lagi ye..

kali ni nak share sikit sebanyak percutian bajet dan juga percutian yang di rancang dalam masa dua minggu sahaja. almaklumlah, si isteri dapat cuti pun secara tiba-tiba. mula mula plan asal untuk ke salah satu pulau yang ada di Terengganu..tetapi aku pulak rasa mcm xbest sebab bagi aku, percutian kat pulau pulau mcm tu elok pergi dengan berkumpulan, paling kurang pun tiga orang ke atas. so, aku suggest kepada isteri untuk ke Pulau Langkawi dan dia bersetuju untuk ke sana memandangkan dia pun belum lagi menjejakkan kaki ke sana.

So, seminggu sebelum pergi, ak dah survey dengan kawan kawan mengenai aktitviti yang best2 kat sana. hasilnya terhasil nya tentatif program untuk ke sana. Hahaha..dah macam program sekolah lah pulak. sorry, dah lama x handle aktiviti2 berpersatuan ni tibe-tibe feeling pengarah program pulak.

untuk pengetahuan, semua aktiviti, sewa hotel dan kereta ak pakai walk in sahaja. tetapi, xboleh walk in kosong la. paling kurang dalam kepala dah ada panduan harga. Penting kerana xnak terlebih belaja pulak nanti. jom layan cerita tiga hari dua malam aku dan isteri di perenggan di bawah.


Hari #1, 26 Julai 2016

Bertolak dari Ipoh seawal jam 6 pagi, plan untuk sampai ke Jeti Kuala Perlis pada pukul 9 pagi kerana jangka untuk naik feri trip pukul 9.30. Malam semasa buat tentatif tu aku dah waze perjalanan dari Ipoh ke Jeti cuma ambil masa 3 jam 10 minit sahaja. tapi actual perjalanan lebih dari tu. kami sangkut jam dekat juru, ye la orang nak pergi kerja kan..so, kami smpai sana tepat2 pukul 9.30 pagi.setiba nya di kawasan jeti terus ada sorang brader (kire mcm ulat jugak la) terus tawarkan kihdmat parking kereta. so ak follow jela, tapi agak kesal kerana parking yag dia bawak agak jauh (alar bawah 200meter je pun dari jeti) so, ak ambik parking berbumbung bayaran RM15 sehari, (RM10 utk tidak berbumbung) total RM45 utk tiga hari.


Selpie si isteri ketika daku fokus memulakan perjalanan 


Bila dah masuk ke negeri Perlis terus lega, tapi lepas waze baru tahu jauh lagi jeti K Perlis wehh!


Oleh kerana ferri seterusnya pada pukul 10.45 pagi, jadi kami mengambil keputusan untuk sarapan dahulu  di kedai bertentangan dengan jeti. Jam 10.15 pagi, gate dah di buka untuk masuk ke dalam ferri. jam 11 pagi ferry baru mula gerak. (dalam hati, hampeh betul la servis ferry ni..15 minit dah burn kat situ). suasana ketika tu hujan lebat, so agak cuak sdikit, ye la perjalanan dari jeti K.Perlis ke Jeti Kuah ambik masa 1jam 15minit kot.

sampai kat Jeti Kuah, terus ada brader -brader duk promote pakej dan juga kereta sewa. dan perkara pertama aku kena settlekan kat sini adalah daptkan kereta sewa, bajet awal adalah bawah RM50 dan kami dapat RM 60 tetapi brader tu kira untuk dua hari sahaja, hari ke tiga tu dia bagi free smpai pukul 2.30ptg, So oke lah kan? kereta yang di tawarkan juga agak menarik.. Proton Iriz, kondisi baru lagi. mileage pun baru 2800km. tapi sebenarnya, hasil survey aku dlm blog-blog lain dan juga pengalaman kawan-kawan, harga di hari biasa (bukan waktu tumpuan spt cuti sekolah) boleh dapat RM 40 utk sehari bagi kereta Perodua Viva Auto. tapi, aku kaunter balik dengan dapat diskaun sebanyak RM 5 untuk pakej Island Hopping, total RM 30 untuk satu orang (sebab bajet awal Island hopping dlm RM35 sekepala)

Abam dah sampai Jeti Kuah. Tengah menunggu luggage di angkut keluar dari ferry

Next, tempat penginapan. Untuk makluman, dua kawasan yang selalunya orang akan tinggal ialah hotel sekitar kawasan Pekan Kuah dan juga hotel sekitar pantai cenang. Kami memilih Pantai Cenang sebab dekat dengan pantai dan kat situ memang mudah untuk makan dan waktu malam nya "hidup". Dalam kepala dah set untuk stay kat AB Motel. Motel kelas serdehana sahaja. yela kami punya aktviti banyak kat luar, So, rasa tak berbaloi untuk bayar mahal-mahal tapi tak guna sepenuhnya pun. tapi terpulang lah kat seseorang tu. mcm aku beruntung dapat isteri yang agak sempoi la, xkisah duduk hotel murah. mula mula ak plan nak ambik motel yang berada di tepi pantai, tapi isteri xnak membazir, dan kami cuma ambik motel yang "road side" (kiranya nak ke pantai kena lintas jalan). Harga pulak cuma RM100 semalaman. So, dua malam cuma RM200. Jimat banyak kott!! (bajet sebelum perjalanan ak set maksimum RM180 untuk satu malam). Tengkiu my beloved wife, memahami sangat!

aktviti pertama kami, masuk ke underwaterwold! dekat sangat dengan tempat penginapan kami. dalam 5minit perjalanan dengan kereta. sebenarnya jalan kaki pon sampai. lepas makan tengah hari, terus kami melangkah ke sana. bayaran untuk rakyat malaysia dewasa cuma RM33.00 total RM 66.00. Layan la jugak underwaterworld langkawi ni. cuma xde ikan jerung besar je. tapi agak mengujakan juga la.. yang paling best, ikan albino yang ada kaki.








Seterusnya pada belah petang, lebih kurang jam 5.00 ptg, aktiviti di Pantai Cenang. Pertama kali jejak kaki ke sana, rasa mcm Wow!! happening nyee weyhh! pantainya yang sangat-sangat bersih. pasirnya halus dan putih..ada yang main jetski, banana boat, doughnut boat, yang paling best parasailing. sejujurnya, teringin sangat nak main jetski, tetapi xberani pulak. hehe. so, kami cuma ber sweet2 jela, tengok gelagak orang ramai sambil jalan jalan menikmati keindahan alam.




 


 Untuk makan malam, kami dah plan untuk singgah di kedai makan AB Motel, betul2 menghadap pantai Cenang, dan harga nya agak berpatutan, menu utama adalah char kew teow. memang sedap beb! puas hati makan. seterusnya, kami bersiar siar sekitar pantai cenang..kedai shisa banyak tepi tepi pantai.pandai betul mereka ni  berniaga. sebelum balik ke motel, sempat la juga beli satu topi bulat yang ada riben2 utk isteri, yela esok kan nak island hopping.

Selfie sokmo!
 
Mana boleh tahan tengok char kew teow smpai penuh pinggan!
 Tamat cerita hari pertama. Nanti ada masa, ak cerita hari kedua pulak.