Monday, August 1, 2016

3 Hari 2 Malam Di Langkawi - Part 1

Assalamuaalaikum Wbt, Alhamdulillah jumpa lagi ye..

kali ni nak share sikit sebanyak percutian bajet dan juga percutian yang di rancang dalam masa dua minggu sahaja. almaklumlah, si isteri dapat cuti pun secara tiba-tiba. mula mula plan asal untuk ke salah satu pulau yang ada di Terengganu..tetapi aku pulak rasa mcm xbest sebab bagi aku, percutian kat pulau pulau mcm tu elok pergi dengan berkumpulan, paling kurang pun tiga orang ke atas. so, aku suggest kepada isteri untuk ke Pulau Langkawi dan dia bersetuju untuk ke sana memandangkan dia pun belum lagi menjejakkan kaki ke sana.

So, seminggu sebelum pergi, ak dah survey dengan kawan kawan mengenai aktitviti yang best2 kat sana. hasilnya terhasil nya tentatif program untuk ke sana. Hahaha..dah macam program sekolah lah pulak. sorry, dah lama x handle aktiviti2 berpersatuan ni tibe-tibe feeling pengarah program pulak.

untuk pengetahuan, semua aktiviti, sewa hotel dan kereta ak pakai walk in sahaja. tetapi, xboleh walk in kosong la. paling kurang dalam kepala dah ada panduan harga. Penting kerana xnak terlebih belaja pulak nanti. jom layan cerita tiga hari dua malam aku dan isteri di perenggan di bawah.


Hari #1, 26 Julai 2016

Bertolak dari Ipoh seawal jam 6 pagi, plan untuk sampai ke Jeti Kuala Perlis pada pukul 9 pagi kerana jangka untuk naik feri trip pukul 9.30. Malam semasa buat tentatif tu aku dah waze perjalanan dari Ipoh ke Jeti cuma ambil masa 3 jam 10 minit sahaja. tapi actual perjalanan lebih dari tu. kami sangkut jam dekat juru, ye la orang nak pergi kerja kan..so, kami smpai sana tepat2 pukul 9.30 pagi.setiba nya di kawasan jeti terus ada sorang brader (kire mcm ulat jugak la) terus tawarkan kihdmat parking kereta. so ak follow jela, tapi agak kesal kerana parking yag dia bawak agak jauh (alar bawah 200meter je pun dari jeti) so, ak ambik parking berbumbung bayaran RM15 sehari, (RM10 utk tidak berbumbung) total RM45 utk tiga hari.


Selpie si isteri ketika daku fokus memulakan perjalanan 


Bila dah masuk ke negeri Perlis terus lega, tapi lepas waze baru tahu jauh lagi jeti K Perlis wehh!


Oleh kerana ferri seterusnya pada pukul 10.45 pagi, jadi kami mengambil keputusan untuk sarapan dahulu  di kedai bertentangan dengan jeti. Jam 10.15 pagi, gate dah di buka untuk masuk ke dalam ferri. jam 11 pagi ferry baru mula gerak. (dalam hati, hampeh betul la servis ferry ni..15 minit dah burn kat situ). suasana ketika tu hujan lebat, so agak cuak sdikit, ye la perjalanan dari jeti K.Perlis ke Jeti Kuah ambik masa 1jam 15minit kot.

sampai kat Jeti Kuah, terus ada brader -brader duk promote pakej dan juga kereta sewa. dan perkara pertama aku kena settlekan kat sini adalah daptkan kereta sewa, bajet awal adalah bawah RM50 dan kami dapat RM 60 tetapi brader tu kira untuk dua hari sahaja, hari ke tiga tu dia bagi free smpai pukul 2.30ptg, So oke lah kan? kereta yang di tawarkan juga agak menarik.. Proton Iriz, kondisi baru lagi. mileage pun baru 2800km. tapi sebenarnya, hasil survey aku dlm blog-blog lain dan juga pengalaman kawan-kawan, harga di hari biasa (bukan waktu tumpuan spt cuti sekolah) boleh dapat RM 40 utk sehari bagi kereta Perodua Viva Auto. tapi, aku kaunter balik dengan dapat diskaun sebanyak RM 5 untuk pakej Island Hopping, total RM 30 untuk satu orang (sebab bajet awal Island hopping dlm RM35 sekepala)

Abam dah sampai Jeti Kuah. Tengah menunggu luggage di angkut keluar dari ferry

Next, tempat penginapan. Untuk makluman, dua kawasan yang selalunya orang akan tinggal ialah hotel sekitar kawasan Pekan Kuah dan juga hotel sekitar pantai cenang. Kami memilih Pantai Cenang sebab dekat dengan pantai dan kat situ memang mudah untuk makan dan waktu malam nya "hidup". Dalam kepala dah set untuk stay kat AB Motel. Motel kelas serdehana sahaja. yela kami punya aktviti banyak kat luar, So, rasa tak berbaloi untuk bayar mahal-mahal tapi tak guna sepenuhnya pun. tapi terpulang lah kat seseorang tu. mcm aku beruntung dapat isteri yang agak sempoi la, xkisah duduk hotel murah. mula mula ak plan nak ambik motel yang berada di tepi pantai, tapi isteri xnak membazir, dan kami cuma ambik motel yang "road side" (kiranya nak ke pantai kena lintas jalan). Harga pulak cuma RM100 semalaman. So, dua malam cuma RM200. Jimat banyak kott!! (bajet sebelum perjalanan ak set maksimum RM180 untuk satu malam). Tengkiu my beloved wife, memahami sangat!

aktviti pertama kami, masuk ke underwaterwold! dekat sangat dengan tempat penginapan kami. dalam 5minit perjalanan dengan kereta. sebenarnya jalan kaki pon sampai. lepas makan tengah hari, terus kami melangkah ke sana. bayaran untuk rakyat malaysia dewasa cuma RM33.00 total RM 66.00. Layan la jugak underwaterworld langkawi ni. cuma xde ikan jerung besar je. tapi agak mengujakan juga la.. yang paling best, ikan albino yang ada kaki.








Seterusnya pada belah petang, lebih kurang jam 5.00 ptg, aktiviti di Pantai Cenang. Pertama kali jejak kaki ke sana, rasa mcm Wow!! happening nyee weyhh! pantainya yang sangat-sangat bersih. pasirnya halus dan putih..ada yang main jetski, banana boat, doughnut boat, yang paling best parasailing. sejujurnya, teringin sangat nak main jetski, tetapi xberani pulak. hehe. so, kami cuma ber sweet2 jela, tengok gelagak orang ramai sambil jalan jalan menikmati keindahan alam.




 


 Untuk makan malam, kami dah plan untuk singgah di kedai makan AB Motel, betul2 menghadap pantai Cenang, dan harga nya agak berpatutan, menu utama adalah char kew teow. memang sedap beb! puas hati makan. seterusnya, kami bersiar siar sekitar pantai cenang..kedai shisa banyak tepi tepi pantai.pandai betul mereka ni  berniaga. sebelum balik ke motel, sempat la juga beli satu topi bulat yang ada riben2 utk isteri, yela esok kan nak island hopping.

Selfie sokmo!
 
Mana boleh tahan tengok char kew teow smpai penuh pinggan!
 Tamat cerita hari pertama. Nanti ada masa, ak cerita hari kedua pulak.












Sunday, July 24, 2016

Nafas Baru

Assalammualaikum Wbt..1,334 hari atau bersamaan 4tahun, 7bulan, 26hari. Satu tempoh yang agak lama, selama itulah aku telah tinggalkan blog ni. entah, macam mana tiba-tiba wujudnya perasaan untuk kembali login ke blog ni... bermula dengan melihat last entry yang bertarikh, 28 November 2012..kemudian brjangkit lagi sehingga aku membelek-belek lagi entry-entry lama...  time ni la dapat mengimbau kenangan-kenangan lama, rasa seronok membaca dan lihat kisah kisah lama. xsia-sia rupanya wujudnya blog ni. paling kurang, moment tersebut dapat di abadikan di sini dan tak akan terus dari ingtan aku.

Oleh sebab itu, ak merasakan sayang untuk tinggalkan blog ini usang dan terhenti sampai di situ sahaja. kenapa tidak untuk aku kembali aktif ? sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang ak boleh kembali membaca seperti apa yang telah ak lakukan pada hari ini. Doakan supaya blog kali ini tidak akan terhenti di entry ini sahaja dan aku terus istiqomah dan banyak lagi catatan-catatan dalam kehidupan ini terus di abadikan di sini. ok, dah!! cukup melalut panjang berjela.
 
Ok, bila dah lama sangat tinggal, rasa xtau nak start kat mana. Hmmm...rasanya, elok aku sambung semula dari awal. setelah di semak tadi, blog khas yang aku wujudkan sempena semester terakhir masih xcomplete lagi..hahahah, di sebabkan blog tu wujud, blog ini ditinggalkan. tapi blog tu di wujudkan special untuk semester terakhir sahaja. ok, jangan pening..biar je blog tu mereput. nanti ak update semula ending dia kat sana.

so, sesi #throwback pun bermula. (oh ya, lupa nak bagi tau...dlu xde pon hashtag2 ni.. sekarang org skit2 letak # ..hahaha). Jom layan dlu apa yang dah berlaku selama 4tahun, 7bulan, 26 hari tu. Ak throwback mana yang penting sudah la ye.. banyak-banyak sangat muntah pulak nanti.

Lapor diri ke Pejabat Yayasan Tenaga Nasional. 

tarikh dia ak lupa bila, tapi yang ak ingat adalah seminggu sebelum raya. masa ni  bulan puasa. dapat email suruh lapur diri segera. penting katanya. kalut laa kita duk cari tiket bus time tu jgk. time ni la first time duduk Putrajaya. tumpang rumah si Afif, kuarters polis.

Afif, Aku dan Munzir. Gambar kenangan depan bangunan Yayasan Tenaga Nasional. Sila compare size badan aku masa ni dengan size badan pic yang terakhir nanti. tak banyak beza! ye ke?
Kali Pertama Sampai ke Ipoh.

14 Sept. 2013, Ini boleh di kira titik permulaan ke hidupan baru la kononye. mana tak nye.. hasil lapor diri kat atas tu, aku di tempatkan di TNB Ipoh. Masa ni, ayah dan adik aku hantarkan.

Masa ni lalu ikut jalan Simpang Pulai. mula mula x perasan ada tulisan IPOH tu. tu yang picture main belasah je.. janji ada.

First Day Kerja

 18 Sept 2013, Officially bekerja di TNB Ipoh, sebagai seorang kulikutive. Hahaha.
Gambar dekat parking. Hari pertama, pukul 7.20 pagi dah ada kat kawasan pejabat dah.



 Majlis Graduasi

27 October 2013. Hasil penat lelah selama 3 tahun kat UTM. Masa ni mula mula malas dah nak pergi. sebab sibuk dengan komitment kerja (eh..bukan masa tu aku tengah du bersenang lenang ke sebab floating). Tetapi fikirkan kenangan dan meraikan hasil kejayaan tu.. ak datang juga la. sorry, pic dengan family xde dalm laptop ni. so, ak upload pic dengan rakan seperjuangan aku jela. Brother love..eh eh..silap. brotherhood!

boleh la...pic yang cantik2 ada dalam external hardiks kat kg.
Bla...bla.. bla... masa berganti masa, bulan brganti bulan...tahun berganti tahun..rutin harian aku tetap sama...sebagai kulikutive, anak kepada mak dan ayah aku, sebagai hamba kepada pencipta. (ini sebab malas nak cerita dah). Selain dari tu.. dalam masa yang sama..selepas belajar.. aku juga kenal sesorag. mula dari kawan. then...


 Majlis Graduasi Zaman Bujang

Kah kah kah!! bujang pon ada graduasi....

28.05.2016 - Photoshoot selepas akad nikah
29.05.2016 - Majlis Kahwin
So, kirenya hati ini telah di curi lah ye! sape berani nak curi lagi? ada tiga tempat kosong lagi. Zaman sekolah dlu. Cikgu Madihah (guru bahasa melayu di SMTT) cakap, xpayah bercinta la di waktu sekolah ni...cari kat universiti nanti. Sampai kat universiti ak cari, sorang pun xjumpe. xlaku pasal xhensem tu salah satu lah kot!

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.11 ptg. setakat ni dahulu sesi #thrwowback kite. Elok rasanya aku mengundurkan diri dulu. Solat Zohor belum lagi weyhhh!. semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang. Doakan supaya ak gagah juga menulis. haha.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah aku yang telah meninggal dunia pada 17.03.2014.

Wednesday, November 28, 2012

Kicap Kegemaran!




Assalamualaikum. Entah mcm mne, tibe-tibe je gue rase terpanggil utk mencoretkan sesuatu kat sini pasal team futsal kegemaran gue, Kipas Udang ! mybe excited kot, sebab dapat jersi baru. hehe! eh, sorry tajuk xde kene mengena, tapi mungin ade sikit.. ermm.. kipas udang? team futsal kah? mcm nama kicap je..? sebab tu tajuk kat atas, tulis ''kicap kegemaran''. hehe.

kat bawah ni merupakan jersi terbaru dari team ni! hehe. gua pon tempah sehelai even baju ni dibuat khas untuk player sahaja. dan insyaAllah, sem depan mybe dorg akn keluarkan t-shirt dari kipas udang. (design) . Smart x?..hehe..design ni tercetus dari lontaran idea oleh kebnyakkan player player KUFC sendiri.


Tu diaaa...model dari kedah! hehe

okey, nk lebih manis, guna penyangkut Hello Kitty. hehe


Logo baru kat jersey!


okey la, alang-alang dah smpai sini, meh gua cerita kan sedikit sebanyak pasal team nie. ape yg best sangat dengan team ni, sehinggakan boleh masuk blog gue nie. hehe. Ye, nama team nie mmg Kipas Udang. Macam mana bleh wujud nama tu? entah la, gua pon xpasti sangat tentang mcm mne wujudnya nama tu. tp yg pasti, nama tu pernah mereka gunakan dalam satu tournament futsal, dan mereka muncul juara untuk kejohanan tersebut. mybe sebab tu kot, maka nama tu terus melekat sehingga sekarang. untuk pegetahuan korang, team ni dah wujud sejak tahun 2007 lagi. iaitu semasa diploma kat UTMKL dan yang special nye, semasa minggu haluan siswa lagi team ni telah dibentuk, tapi secara tidak rasmi. haa..nampak x? mcm mereka-mereka ni dah ditakdirkan untuk bersama. cheewah!



Logo asal
Logo baru





Okey. tutup bab sejarah penubuhan. pasal kejayaan? ermm..boleh la. nak cakap team kuat, xde la kuat sangat team nie. semua skill pada tahap average je. tapi xde la low sgt. kalau dah low tu, xde la plak gua nak masuk kat sini kan? (hee..sorry guys, jgn marah yer!) tp, ade la sikit-sikit skills, yg boleh buat mereka ni pegi jauh. kalau x smpai final, ke separuh akhir, kalau x separuh akhir, ke suku akhir. Not bad la. Tapi u olls jgn la expect tournament yg berkelas 5 bintang. Ala, Malaysia pon seri je dengan Bangla. dari pemerhatian gue la, team ni kuat atas dasar teamwork dan persefahaman yang tinggi. ye la, main same-same dah berapa tahun, masing tahu kekuatan dan kelemahan masing. So, masing-masing boleh saling backup sesama sendiri. adat permainan. Ade kalah, ade menang. team ni juga pernah masuk kejohanan Kosmo (haa..yang ni memang kejohanan berkelas, no wonder la mereka pulang awal. hehehe.) dan yang paling best, team ni juara bertahan untuk kejohanan piala Dekan Fke (dua tahun), untuk tahun terakhir ni, harap-harap mereka berjaya pertahankan kejuaraan. seterusnya melakarkan hatrik, tiga tahun berturut-turut. InshaAllah.


Juara Piala Dekan 2011


Juara Piala Dekan 2012

Kenapa saya suka team ni? sebab die bessttt!! (nada iklan petronas satu ketika dulu). Haha. gurau je. mybe sebab atas dasar kekeluargaan. ye la. bile dah jauh dari family, kawan-kawan merupakan orang terdekat. hampir 6 tahun kami bersama. ade juga yang dah berpisah. (sambung ke u lain, keje, nikah etc. hehe). so, masing-masing dah masak dengan perangai sesama sendiri. so, bagi gue, team ni boleh dibaratkan seperti wakil ''keluarga''. Sape yang x bangga kalau adik sendiri juara lumba lari, adik dapat 5A dalam UPSR. so mcm tu la jgk untuk team ni. Segala kejayaan dikongsi bersama. dan aktiviti paling famous dikalangan kami utk celebrate xlain, xbukan, adalah BBQ !!! . haha.. BBQ dah sinonim sangat dengan kami, kat dalam UTM ni, tempat mana lagi yg kami belum buat? hampir kebnyakkan port menarik kami dah buat. termsuklah tepi court futsal yg kami selalu main. hehe. ermm..post gue yg lepas, pasal trip to Pantai Air Papan pon separuh dari perbelanjaan di tanggung oleh KUFC. trimas KUFC!





 Dan untuk setiap malam minggu (atau masa free), aktiviti kekeluargaan akan berlangsung. ape lgi kalau bukan berfutsal bersame-same. xkesah la engkau kaki bangku ke, kaki kerusi ke, sekurang-kurangnye, kami dapat mengerakan lagi hubungan sesama kami. apa lagi yang hendak dicari oleh pelajar tahun akhir seperti kami sebelum meninggalkan UTM selain kenangan bersama. (of course la kejayaan akademik paling utama). so, dengan berbaki satu semester, gue harap ''team'' ni akan peroleh kejayaan dan terus sukses dah hubungan kekeluargaan kita akan bertambah erat dan bersama-sama kita mencipta sejarah dan memahat kenangan terindah ketika bergelar seorang pelajar!

Gelombang biru!


Kenangan hari-hari terakhir semasa diploma (tiga tahun lepas)


Satu masa nanti, paling tidak, boleh belek photo lama dan mengimbau kenangan sambil mendengar lagu kenangan terindah oleh samsong. hehe.





Friday, November 23, 2012

Kekasih Separuh Masa

Ecece..tajuk bukan main lagi kan? hehe. post kali ni cume nk perkenalkan korg dengan kekasih baru saye. hee. opss, sila jangan salah sangka okay! kekasih yang dimaksudkan ni bukanlah seorang wanita, jauh sekali isteri orang mahupun seorang janda.

Kalau korang nak tahu, ni kire mcm cinta pandang pertama la. mula-mula tengok si dia kat kedai tu, terus terpikat! Orang kata..dari mata turun kehati, dari hati tersemai bibik-bibik cinta, makin lama dipandang, makin ingin gua mendekatinya. Aiseeyyy..terlebih plak. 

Nama? haa.. Akmal SUhaila Sulaiman a.k.a ASUS atau nama specific die ASUS VivoBook. hehe. siap ade serial number lagi. hehe. Gua tertarik sangat kat dia sebab si dia ni sesangat slim! hehe. lagi satu, kat muka si dia ni boleh sentuh-sentuh. hehe!


Akmal SUhaila Sulaiman (ASUS)

Okay, dengan ade kekasih baru nie, boleh la gua membuat asaiment, report dan bnyak lagi bersama sama dengan dia. harap-harap jodoh kami berkekalan. Untuk pengetahuan korang, Akmal SUhaila Sulaiman merupakan kekasih gua yg ke 3. Almaklum lah, jejaka hot, sering tukar2 pasangan. tp kali ni mohon jodoh berpanjangan. xnak nakal-nakal lagi dah. nk concentrate kat PSM je ! no more DOTA, FIFA mahupun PES dengan si dia.

lepas ni harap2 gue selalu dapat buka emel, almaklumlah, dapat supervisor PSM yg aktif dlm dunia maya.  ape2 info, semua dia inform kat emel je.


Saturday, October 27, 2012

Program Raya Kami di Perantauan


Pertama dan paling utama gue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yg bace blog gua nie. So, bile dah ucap pasal raye, entry pon mesti lah pasal raya la kan? Untuk pengetahuan you olls, raya tahun nie…merupakan raya kedua gue di perantauan..ecece…mcm dah boleh buat salam perantauan dah..hee..padahal, bukanlah jauh mane pon..Skudai ke KT je pon. Okey, xnak merapu panjang2. Entry kali ni lebih kepada cerita ape yg kami buat untuk raya di perantauan kali ni. Jeng…jeng…jeng…!!

Bab Satu : Sebelum Raya !


Idea untuk menyambut raya ‘’besar-besaran’’ sebenarnya di cetuskan oleh Lie. Setelah memikirkan pros & cons, idea tersebut telah approved! Haa..dan menu makan pagi yang dicadangkan ialah nasi  himpit + rendang ayam! (semua instant!)..so, ape lagi petang sebelum raye, terus gerak ke Jusco utk cari bahan2 dan keperluan lain.

Okey. bahan2 untuk memasak sume dah cukup. Tinggal nak masak je. Selepas makan, sekitar pkul sepuloh mlm aktiviti merebus nasi himpit segera pon bermula.(smbil kedengaran takbir raya dari MSI..sayu plak..) Haa…satu bungkus ade ade 35 pek kecik. Kami beli 4 bungkus, jumlah sume  140 pek kecik. Pastu rebus plk guna 3 rice cooker size bujang..Hambek kau..pukul 4 pagi baru siap rebus semua sekali. Haha..tp, seb bek la xde la bosan sgt sbb ramai yg tolong tengok2 kan..beckup plan, ariff dan aiman tido awal. Supaya keesokan pagi dorg blh bgun awal kejutkan kami..kalau x, terbang la sembhyg raye kami.

Lie tekun merebus nasi.

Bab Dua : Pagi Raya !


Nasi semua dah settle. Yg tinggal, esok cuma panakan rendang ayam segera je. 4.30 pagi semua bersurai. Tido2! X lame lepas tu, kedengaran org kejutkan subuh. Okey, smbhyg subuh dlu. Pastu smbung aktiviti tido balik. Hee..sekitar 7.15 pagi..kelihatan Arif dan Aiman sedang siapkan makanan dan buat air.(sunat dipagi raya menjamah sedikit makanan) Hehe..seb bek la dah suruh dorg ni tido awal2..klo x, kalut jgk pagi2 nk siapkan mkanan.



7.45 gerak ke masjid. Sorry pak imam, kami lewat ke masjid. Tp sempt jgk lah bertakbir lebih kurang 15 minit. Then, 8 pagi sembhyng raya. Perghhh…laju gila pak imam bace surah2..lepas tu khutbah pon, perghhh…laju gile. Hehe..kejar mase nk sembelih lembu kot. (yelah, 16 ekor lembu kot nk kene sembelih, plus beberapa ekor kambing lagi..pastu nk solat jumaat lagi.)
Lepas smbhyang raye..mcm biasa..mesti tangkap gambar sekitar kawasan masjid.. nk buat salam perantauan la kononye. Hehe. Tp kali ni kami kurang productive sikit. So xde la video raya spt dua tahun lepas. Okey. lepas tangkap2  gmbar terus pulang ke bilik. Xsabar  dah nie nk makan pagi. Smpai bilik, semua mainkan peranan masing2..ade yg buat air..ade yg panaskan rendang, ade yg potong nasi himpit ade yg bnyak lagi la..hee..pokoknye, saling bekerja sama.

makanan pagi di pagi raya
Siap sedia untuk...Ngapppp!!!

Nasi himpit lagi bnyak dari rendang. Oke fine, randang pon terpaksa dicatu. Haha..kesian. tp xpe la. Ambik feel dipagi raya. Settle pasal makan. Mcm biasa. Kalau hari raya puasa, mesti ade gmbar family. So utk, jadikan kenangan..kami turut bergambar ‘’family’’’ jgk sebelum bersiap2 ke tempat sembelihan.


Blakang (kiri) : Khai, Lie, Wan, Yase, Semi. Depan (Kiri): Arif, Aiman, Jimi, Syukri

Bab Tiga : Melapah !




Oke, masing2 dah tukar suit utk melapah daging. Vanue sembelihan tahun ni dah tukar ke dusun UTM. Haa..ni tempat kami ber’’KO-Q’’ dulu..so, dah familiar sgt la dgn tmpat nie. 16 ekor lmbu utk di sembelih. Kambing pon ade..tp xingt berapa banyak. Dan yang paling best…lembu yang ke dua belas di lapah oleh geng2 kami. Haa…nice experience! Dari awal smpai habis. Untung la kan? Boleh belajar bnde nie…bukan senang nk dapat peluang gini. Okey la. dah dewasa kan..xlame lagi nak kawen.. sedikt sebnyak melengkapkan diri dengan ilmu2 yg xde di dalam bilik kuliah ni. Heee…tp gue, dari awal asyik pegang kaki lembu je..pastu angkat2 daging..hehe. 11.30 pagi, aktiviti melapah dh settle. Penat weyh! Balik bilik…terus lelapkan mata..tp, seb bek la solat jumaat x terbang. Hehe..lepas jumaat, kat dusun ade jamuan. Sup die..pergghhh..!! menjadi beb..seb bek la dtg awal..boleh pulang awal. Then, gue sambung balik aktiviti landing atas katil…TIDO!! Haha.

okey. daging tu korg punye! ahha..
Semi & Aiman gigih melapah
itu dia...wan sedang menunjukkan skill yang tersembunyi

Bab Empat : BBQ Time !


Sepanjang tido tu…gue dah x tahu ape yg terjadi. Yg pasti mereka dah pergi kat tempat pembahagian daging dan ade yg da pegi beli bahan2 untuk bbq. Sedar2 Lie masuk bilik kejutkan utk bersihkan daging…kejap lagi Jimi masuk bilik ak bawak 6 kilo daging. Perhh..mana hang dapat daging bnyk2 nie Jimi?! Haha..mmg BBQ sakan la kami. Seterusnya, masuk bilik tengok dorg tengah bertungkus lumus potong daging utk dibersihkan. Next, part basuh dan bersih kan daging diserahkan pada semi dan gue. Lepas basuh, wan mainkan peranan utk perap dan settle pasal sos. Ramai plk tester yang menunggu. Hee… lepas isyak. Aktiviti bbq bermula. Masing2 mainkan peranan…dan Zain, Arif dan gue settle kan pasal sup. Haa…sop org bujang..camne la sgt kan? Letak je semua bahan yang ade..haha..last2 rase mcm singang daging. Okey la..boleh mkn dgn nasi himpit pagi tadi. Haha..untuk daging yg dah bakar tu..rase die mmg terbaikk!! Nice la wan..enzyme2 tangan Wan merembes dengan baik!..haha.. untuk bbq malam tu, okey la..sbb daging bnyak..program pon santai je. .sambil makan layan lagu plak tu..

mereka-mereka sedang gigih memproses daging utk bbq
Wan si pemerap daging dan tester2 semua

Ceria menikmati juadah yang ada
rezki yang kami nikmati di malam tersebut

Barisan penggerak




Bab Lima : Penutup !


Bbq time hbis dalam pukul 11.30. kemas barang then terus lepak kat markas. (sorry elly, bilik hang dah jadi markas). Layan2 photo yg gue tangkap sepanjang hari tersebut. Okey la santai2 je. Overal, gue rase puas hati sgt dgn program kali nie..(tp sayu tetap ade..sebab xdpt balik rumah). Raye di perantauan kali ni pon lagi best dari dua tahun lepas. Yela, kali ni dah plan baikk punye! Hee..yang paling best, makan nasi himpit tu jadi menu utama kami..’’makan pagi, petang, siang & malam!’’ hahaha..

Aidil Adha 2012




Okey dah. Itu je. Gue pond ah x larat nie..jmpe lagi next time yer. Bye-bye..!

Waktu paling best duk kat UTM ni adalah waktu dimana remai org balik kg..so, xramai org kat UTM. rase mcm UTM ni gue yang punye! Ha Ha Ha Ha!

Saturday, October 13, 2012

84 hari yang awesome! [part 2]


Ermm…hujan lagi petang ni membuatkan aktiviti gue untuk membasuh baju tertangguh lagi untuk kali ke 4. Mungkin hujan kali ni menjadi penaik semangat gue untuk menyambung entry yang lepas. Oke, tanpa melengah kan masa..jom layan..

Yang best vs yang xbest !

Camne nak start ye?..ermm.. oke la, mula dengan part yang best dulu la. Oke..yg bestnye of course la tang balik awal..hehe..tapi bukan tiap-tiap hari tau..sepatutnye, pekerja yg dah balik ke warehouse tu, dorang akan standby kat situ…so kalau ade keje, emergency ke ape..dorg akan kluar lagi. Tp kalau bdk prkatikal mcm aku ni..kalau dah balik ke warehouse tu…mksudnya tiada lagi kluar untuk kali kedua..sebab kebiasaanya kalau keluar utk kali kedua ni akan pulang lewat..hehe..tu yg cari je pluang nk balik awal. Hehe..punch card out?....syhhh..ni rahsia tau. Hehe…

 next, pekerja2 kat sane sume best2.. terutama time makan..confirm dapat save bajet nyer… almaklum la.. kami ni student lagi..so, sekali2 yg dah bekerja belanja trainee ape salahnye..kan? tp lagi best kalau geng2 kontraktor yg dtg… makan besar!! Hehe…

jamuan @ makan free…haaa ni pon kire bab best jgk. Hehe. Untuk bulan pertama, satu jamuan telah dilakukan..sempena kejayaan TNBDKT mengekalkan rekod ‘’lima bintang’’ (untuk audit ape ntah..dh lupe..hehe..) …lima bintang tu beb..tepuk la sket..hehe.. then, jamuan raye. Pejabat besar TNBKT ade 4 level..setiap level mewakili department yang berbeza. So, setiap department ni kebiasaanya akan membuat jamuan hari raya..haa…dah tu, xkan x faham lagi..mmg beruntung la gue asyik duk pegi jamuan jee.... hehe..tp ni semua cume selingan je la.. kerja tetap kerja, focus dan sentiasa bertanya..hehe..

ape lagi ye? Ermm…kalau sebut pasal kenalan boleh? Mybe boleh masuk dalam part yg best kot.. ermm…first time bdk training ramai camni..kate pakcik2 kat sane.. mane x nye, sume skali seramai 15 org…compare dgn sebelum2 ni..dalam 5, 6 org cam tu je… 9 lelaki 6 perempuan… 2 dari UTM, 2 dari UTeM, 3 dari UTHM, 2 dari TATi, 1 dari  Unimap, 1 dari UM, dan 4 dari Politeknik.. mereka2 ni okey la..satu kepala. Logbook pon slalu share same2..pinjam2 note.. time bulan puasa dulu sempat jgk la bukak puasa same2..dan yg paling best, hari last hang out same2, men bowling…seb bek la plan BBQ malam tu x jadi..hehe..bukan ape, gue ni sebenarnye kureng sket kalau kluar malam. Xbagus. Iye x? hehe…

pasal yg x best plak..dah tentu kerja time bulan puasa… yaaa amppuunnn…penat!! Kalau kerja nye dalam office xpe la..tp ni keje kat luar..angkat tangga…nek lori, turun lori, tarik cable..puuhhh! seb bek la gue masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan..hee.. tp okey la..kerja2 time bulan puasa xde la bnyak sgt..sebab kebanyakkan telah di cover awal2 lagi sebelum bulan puasa tu.. tp, bile cerita bab keperitan ni..baru gue sedar, susah senang yang di lalui oleh ayah gue sendiri yang berpuluh tahun bekerja sebgai seorang jurugegas TNB, tambahan lagi dengan kudrat yang tidak seberapa sejak akhir2 ini..terima kasih ayah atas pengorbanan mu selama ini...

next…part naik lori..haha..poning kepale aihh! Hanyuuutt je..kalau di lautan, org kata dilambung ombak…tp kalau atas lori ni dilambung ape?? Hahaha… hmpir seminggu pertama..time nek lori je mesti pening..dengan cuaca panasnye lagi..haha..tp bile dah biasa tu, syok la plak…hehe..yg best bile masa  ‘’menikmati keindahan’’ alam…siap angin sepoi2 plak tu..hehe..(yang faham tu..okeyla la.. xfaham sudah..hehe)
part len yg xbest ialah time jumpe foreman…nk mintak sign kat logbook..kalau jenis yang x bace tu, okey la..tp kalau jenis yg bace satu2, siap bertanye itu ini…tu yg buat x syok tu..hehe.. tp tu semua tu merupakan  adat org belajar la kan..kalau dalam kelas, mesti ada ujian, kuiz, dll...sama la juga konsepnye dgn LI ni kan..hrrmmm..nak xnak, kena lalui jgk..tp Alhamdulillah..dah lalui semua tu..sedikit sebanyak menjadikan gue lebih peka dan bersungguh2 semasa latihan..

Lecturer nak datang melawat!!

*telefon gue berdering… ‘’hello, ni MSH ke?? Yaa..sy lecturer awak..bla..bla..bla..’’ pada mulanya x kenal pon sape lectrurer ni..dari department mane pon x tahu..sbb bile cek kat ITS (portal utk student LI) just tulis Shahrul Kamal. Sape tuu?? Entah..xkenal pon… so gua panggil je la die ‘’encik’’ je la time die dtg melawat tu.. persiapan sebelum hari kejadian mmg betul2 sengsara…hehe..update logbook, bace nota-nota..sebab nk persiapkan diri daripada kantoi mase ‘’soal siasat’’ dijalankan, buat slide lg..huhu.. smpaikan pagi hari die dtg melawat pon logbook masih lagi giat diupdate..huhu.. so far, pada hari kejadian okey la.. lecturer tu mmng betul ‘’melawat’’ tanye kabar…mcm mne dengan LI..best ke x?, ape yg dapat dari LI ni?..mcm2 la.. yg pasti xde pon soalan yg susah2 seperti gmbaran dalam kepala gua selama ni (ye la gua ni x pernah lalui lagi sebelum ni..)..siap die plak yg ckap.. ‘’sebenarnye xperlu pon slide2 camni..(sambil menunjuk kearah pelajar praktikal dari u lain yg sedang menunggu lecturer nye sampai…)..saye Cuma nk dtg melawat awak je…’’ …hehe..nice lah encik!!..

.okey..gue smbung sket pasal encik ni.. nk dijadikan cerita..( ni cerita time LI dah tamat, mula2 masuk kolej sem ni) kat pejabat kolej, ade la satu papan kenyataan..kat situ tertera satu carta organisasi… eh…ni muka lecturer LI gue… laaa…rupenye fello kolej  gue. tengok tang nama..’’Assoc Proff. Dr. Ir Shahrul Kamal’’ ambek luuu…org tu pangkat tinggi2, tp paggil ‘’encik’’ je..huhu..tp sesetengah lectrure x kesah pn sume tu.. okey..nk dijadikan cerita lagi..bile dah masuk ke blok baru..ternmpak la kereta ‘’encik’’. Laa…kita ni berjiran rupenye…hehehe!!.. haa…untung hidup berjiran ni la mnyebabkn member gue, yg dh kene warning sbb lmbt hntar report, buat lawatan plak ke rumah lecturer yg sebelah tu semata mata utk hntar report….hehe..

Okay. Hujan dan berhenti. Automatic idea yg mencurah2 turut terhenti. So, dikesempatan ini…kalau la ada staf2 TNB yg rajin nk membaca caretan gue ni..gue ucapkan terima kasih bebanyak..banyak.. kerana sudi mengajar gue sepanjang menjalani Latihan di sane.. tq jugk kepada anda yg sudi membace entry bersiri gue ini, dimana..ini merupakan kali pertama gue melakukan entry seccara bersiri. Nantikan siri seterus nye.. Pulak dah!! Hehe..banyangan gurauan je…

#ending x berape best sgt..sebab hujan dah berhenti..hehe

Wednesday, October 10, 2012

84 hari yang awesome!




Haa…entah bagai mana hari ni jari jemari rasa tertarik untuk menari-menari di atas keyboard netbook adik gue yg gue pinjam semenjak naik dari cuti sem lagi. Buat pengetahuan you olls, my beloved lappy telah selamat disemadikan dibawah katil mybe untuk selama-lamanya. Maka bertitik tolak dari situ lah, proses untuk me’’update’’ blog terus terbantut sehingga kan cerita tentang LI yg officially tamat sebulan yang lepas baru dapat di abadikan didalam blog gue yang sekian lama kegersangan.

Ermmm…disebabkan cite ni dah lame..final report pon sudah diserahkan kepada supervisor..adalah lebih baik dan memudahkan kerja (sementara idea mencurah-curah) untuk gue cerita part2 yang best dan xbest yang gue lalui sepanjang ber’’internship’’ di TNB Distribution K.Terengganu.

Untuk pengetahuan you olls, intership kali ni merupakan pengalaman pertama gue sebgai seorang pelajar menjalani latihan industry (LI). Almaklum sajalah, time kat UTMKL dulu..LI ni kebnyakkan  x tidak ditawarkan…Cuma sesetengah course saje yang wajib menjalani LI ni. Lumrah manusia, kalau perkara first time mesti akan terase nervous. Begitulah juga gue untuk LI kali ni. Tp nseb bek la ada jugak sorg member yg buat LI kat tempat yang sama. So, peratusan nervous tu xde la tinggi sgt. Hehehe. Mengikut jadual, li gue bermula pada hari isnin, tetapi, di Terengganu hari ahad merupakan hari pertama dan sudah mula bekerja. Haa…ni salah satu advantage la untuk pelajar yg mejalani praktikal di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Last day plak hari jumaat..dan ketiga3 negeri tersebut telah cuti pada hari jumaat.. Hooreeyyyy!! Jimat satu hari…hehe ;)) 

First Day!

Okeyh, first day. Pagi2 lagi dah smart2 dgn kemeja, slack, bla..bla..untuk berLI. Gue dtg dengan ayah beb..hehe..sebab ayah gue pon kerja tempat yang sama..heee. Thank ye ayah, sbb bnyak beri dorongan kat gue sepanjang LI ni. Bla..bla..bla..Lapor diri….bla..bla.. menunggu… bla..bla..bla.. bosan ..bla..bla. last2 smpai la part untuk jumpe supervisor.. huuu..kemain lagi lame aku nunggu…smpai separuh hari..nebes la jgk sbb SV aku tu ketua engineer dalam TNBDKT. Sembang2..baru tahu yg die tu agak skema..hehe.. dan yg paling best..die merupakan super senior aku kat UTMKL. Haha..ex UTMKL rupenye. Tp perjalanan die lagi berliku dari gue..bermula dari sijil, diploma then sambung degree. Sekarang boleh dikatakan berada di tahap yang agak selesa la. Sumber inspirasi tu beb. Haha.

Habis part tu…citer pasal jadual yg di tugaskan.. terdapat tiga bahagian. Yaitu, 1) perancang dan pembinaan, 2) pemasaran dan kepenggunaan, 3) kendalian dan senggaraan. So, satu bulan untuk setiap bahagian. Bnyak bende yang aku dapat belajar spanjang berLI ni.. dari segi teknikal..cara bergaul dengan orng yg lebih tua…bercakap (bodek) dan bnyak lagi la…. Time LI hari tu, gue lebih bnyak ikut ‘’geng’’ dan kerja kerja yg dilakukan oleh engineer kurang didedahkan sangat. Kdang-kandang ade jgk terfikir.. ‘’gue ni budak degree, tp LI bnyak buat keje budak diploma. Mcm pelik jee…dah la xdpt elaun..hrmm’’. tp gue positive kan diri, ‘’ xpe2 kite belajar dari bawah..sbb bukan senang nk senang..’’  akhirya terbukti..bnyak kerja-kerja teknikal yg dipelajari secara informal dengan pakcik-pakcik, abang-abang, dan kakak-kakak dapat di’’relate’’ kan dengan theory yang selama ni belajar dalam kuliah. Wahh..nmpak nye objective university mengadakan LI sedikit sebnyak tercapai. Hehehe…

Rutin Harian?

Tiap hari, antara pkul 6 hingga 6.15 dah bgun..siap2..alhamdulillah..tiap hari mak sediakan sarapan. Thnk jgk sebab selalu kejutkn pagi2. He.he.he. pukul 7 bertolak dari rumah.. sbelum pkul 8, punchcard in. Bende ni berulang2 sepanjang 3 bulan. Haa…tp untuk punch card out xsame. Kdg2 balik awal…kdg2 balik lewat. Tp kebnyakkanya banyak balik awal..tengah hari dah balik rumah. Haa..ni pon salah satu advantage jgk..kan? hehe. Iyelah, sebb kerja2 dorg ni x menentu..kekadang kerja melebihi pukul 5, kekadang smpai xtidur malam pon ade.. citer pasal pulang lewat, gue pon pernah merase. Pukul 10 mlam baru sampai ke warehouse. Ni sume gara2 breakdown. Time bulan puasa balik 1 jam sebelum bukak puasa pon gue pernah merasa tau..so adil la kalau gue balik awal..kan? hehehe…bila malam menjelma, aktiviti malam pun rancak berjalan. Apelagi kalau bukan update log book. Haa.. format log book dari UTM lagi best kalau nk banding dengan format member2 gue dari ‘’U’’ len.., Sebab nye..kate Dr. Mokhtar (Coordinator LI), ‘’log book is your note book’’… so, gue conteng la mcam2 kat dalam logbook tu..lukis mcm2 gmbar bg nmpk menarik sket..xkurang juge input2 dari discussion yg dilakukan bersame pekerja2..tp untuk bulan pertama rutin ni berjalan seperti biasa..mksudnya tiap2 malam logbook tu diupdate..2 untuk bulan berikutnya..seminggu sekali..then dua minggu sekali..next, tiga minggu sekali..sampai satu tahap, sehari dua kali logbook tu diupdate….sebab? lecture nk datang melawat! Hehehe…

oh...dh lme sgt ni duk menulis...to be continue...haha...lenguh lenguh dh ni.. plus minus masa yg x mencukupi. jumpa lagi ya...oh ya..gmbar2 akan di update kemudian..hehe..

#bile la agaknye blo ni akan terupdate lagi...hehe..