Monday, August 15, 2011

Nafsu oh Nafsu ;D

15th..!! Diam x diam je.. dah masuk hari ke 15 kita berpuasa (klise2)..Ya Allah…capatnya masa berlalu. Mudah mudahan ibadah yang dilakukan olehku sepanjang bulan puasa ini diterima oleh Allah. InsyaAllah ;DD

Ternyata Ramadan kali ini jauh sekali bezanya berbanding tahun lepas. Ye la..jikalau tahun lepas gua berpuasa di bumi Skudai (satu tempat yang sangat asing bagiku satu ketika dahulu) tapi tahun ni, fully berpuasa kat rumah. Alhamdullah..dapat jugak merasakan kegembiraan berbuka puasa bersama keluarga tersayang!! Hehe kepada mereka yang berada di perantauan jangan jeles K! hahaha.

Kalau Ramadan tahun lepas terawikh asyik ponteng je… bukan sengaja ye! kebanyakkan ponteng sebab ade class malam. (tapi kadang2 terbabas jugak, lepas sembahyang magrib je gua tertido. hehe…) tp tahun ni insyaAllah..mudah-mudahan Allah member gua kekuatan untuk mengerjakan solat terawikh setiap malam dengan sempurna. (semoga ibadah yang di lakukan di terimaNya) Lebih lebih lagi puasa cuma tinggal 15 hari je lagi…wahh..

Alhamdulillah..perubahan calendar akademik pada tahun ini nampakknya sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pelajar university cam gua! Last gua berpuasa fully kat rumah tyme darjah 6! Woahh…lame kan..semenjak dari tu dah berpeluang lagi… ye la, tinggal kat asrama kan.. haha..lagu raya Allahyarham Sudirman, “Balik Kampung” tidak lagi menjadi pilihan gua tahun ni…!! Hehe. (best woo, layan lagu ni tyme dalam bus!!)

Orite, dah bnyak sangat melalut.. sekarang, gua nk share satu perkara yang gua terbaca dan rasa terpanggil utk post kat sini..hehe ;DD

Malaikat, Manusia dan Haiwan :

Malaikat : Diberi kepadanya akal, tidak diberikn nafsu.

Manusia : diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Haiwan : diberi kepadanya nafsu, tidak diberikan akal.


Kalau akal manusia dapat mengalahkan (menundukkan ) nafsunya, maka naiklah manusia darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, dikalahkan oleh naafsunya maka turunlah dia kepada darjat haiwan.

Awasilah kepada nafsu yang sentiasa didorong oleh syaitan. Nafsu adalah musuh yang jahat yang payah dikalahkan sukar ditundukkan kerana ia berada di dalam diri kita yang dikendalikan oleh syaitan. Payah untuh mengawasinya dan susah untuk mengatasinya, sentiasa mencabar keimanan kita.


Memang susah r kalau nk ‘mempuasakan’ seluruh anggota atau kemahuan kita, sebab nafsu di dalam tubuh kita tak reti nk stop pon. Walau masuk bulan Ramadan pon, nafsu tetap giat dan aktif. Cuma dengan berlapar, kekuatan itu akan kurang sedikit berbanding hari kita tidak berpuasa. Ye la, syaitan dah kene ikat kaki dan tangan kan…

Walau bagaimanapun, orng berjaya mengawal nafsunya sepanjang berpuasa pasti akan beroleh rahmat dengan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah. Termasuk mengawal nafsu ialah semasa duduk berjamah juadah berbuka. (Haha..kalau depan meja makan tu, ..air sampi dua tiga jenis! ) lagi pon bagus untuk perut kita (kawal makan), lebih lebih lagi tyme nk bertarawikh di malam hari. Kalau kenyang sangat.. nk buat lapan rakaat pon x mampu. Ye x?...hehhe..


Apabila berjaya mendidik nafsu agar tunduk dan patuh pada perintah Allah sepanjang Ramadan , insyaAllah kejayaan itu akan dapat diteruskan sampai selepas Ramadan. Tapi tetap bergantung kepada diri kita jugak la kan. Kena la bersungguh sikit.. sebab lepas Ramadan ni, kita akan berdepan dengan satu lagi musuh yang nyata..huhu.


Finally ( waa..teringat tyme buat essay BI..hehe), JOM JOM!! dengan hanya tinggal separuh bulan lagi yang penuh dengan rahmat dan berkat ini, kita kumpullah banyak2 kekuatan untuk berdepan dengan godaan yang bakal kita tempuh selepas Ramadan nanti disamping kita menjadi seorang insan yang lebih bertaqwa! insyaAllah…



** menaip sambil menikmati aroma masakan ibuku yang sedang sibuk berada di dapur...hehe ;DD

No comments:

Post a Comment