Saturday, June 11, 2011

Kemuncak Piala FA 2011






Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini bakal menjadi saksi pertembungan dua gergasi dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu yang bakal merebut piala berprestij itu sekaligus dinobatkan juara piala FA 2011.

Terengganu sudah pasti mahu membalas dendam dengan kekalahan 3-0 di tempat sendiri dalam perlawanan liga super 6 jun 2011 yang lalu dimana ketika itu Terengganu bermain tanpa 6 tonggak utama kerana bermain untuk pasukan malaysia dan skuad olimpik.

Kelantan pula sudah pastinya mahu membuktikan yang mereka adalah jaguh sebenar dari pantai timur pada musim ini dengan memenangi piala FA seterusnya Liga Super dimana mereka kini berada di puncak persada Liga Super yang masih lagi berbaki dua perlawanan.

Ketua pasukan Terengganu dan Kelantan

Jika dilihat di atas kertas, jelas sekali kelebihan berpihak kepada pasukan Kelantan dengan rekod pertemuan antara kedua dua pasukan yang menjadi milik Kelantan.

Berikut merupakan rekod pertemuan antara kedua dua pasukan :

Liga malaysia 2011

Terengganu VS Kelantan FA 0:3 06.06.2011
Kelantan FA VS Terengganu 1:1 01.02.2011

Liga Malaysia 2010

Kelantan FA VS Terengganu 3:0 15.05.2010
Terengganu VS Kelantan FA 0:0 09.01.2010

Liga Malaysia 2009

Terengganu VS Kelantan FA 2:0 30.06.2009
Kelantan FA VS Terengganu 3:2 14.02.2009

Walaubagaimanapun, dalam bola sepak segalanya mungkin terjadi. Jika dillihat melalui pasukan yang pernah beraksi di final piala FA, Terengganu telah pun beraksi sebanyak 3 kali dan pernah muncul sebagai juara piala Fa pada tahun 2000 apabila berjaya mengalahkan Pulau Pinang 1-1 [4-3 penalti]

Manakala Kelantan pula kempunan piala Fa pada aksi pertama mereka di pentas akhir pada tahun 2009 setelah ditundukkan oleh Selangor 1-1 [4-1 penalti].

Apa apa pun gua berharap kedua dua pasukan tersebut akan mempamerkan mutu persembahan yang terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi. Elakkan gejala rasuah dari membelengu dunia bola sepak yang kini semakin mebarah di negara kita mahupun bole sepak dunia. Kalah dan menang adat pertandingan. Pasukan yang bakal menjuarai piala FA pada malam ini, tahniah gua ucapkan dan kepada pasukan yang tersungkur pada malam ini, musim depan masih ada lagi.



Trivia ; Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

  • 15 Gol - Abd Hadi Yahya (Terengganu)


  • 14 Gol - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


  • 11 Gol - Abd Manaf Mamat (Terengganu)
  • 10 Gol - Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)




p/s : jauh di sudut hati, sangat berharap pasukan Terengganu yang akan muncul juara. Heheheh ;)

1 comment:

  1. sohor deh ganu menang !!!
    suke bebenor rase,... ^^

    ReplyDelete