Assalamualaikum. Entah mcm mne, tibe-tibe je gue rase terpanggil utk mencoretkan sesuatu kat sini pasal team futsal kegemaran gue,
Kipas Udang ! mybe excited kot, sebab dapat jersi baru. hehe! eh, sorry tajuk xde kene mengena, tapi mungin ade sikit.. ermm.. kipas udang? team futsal kah? mcm nama kicap je..? sebab tu tajuk kat atas, tulis ''kicap kegemaran''. hehe.
kat bawah ni merupakan jersi terbaru dari team ni! hehe. gua pon tempah sehelai even baju ni dibuat khas untuk player sahaja. dan insyaAllah, sem depan mybe dorg akn keluarkan t-shirt dari kipas udang. (design) . Smart x?..hehe..design ni tercetus dari lontaran idea oleh kebnyakkan player player KUFC sendiri.
|
Tu diaaa...model dari kedah! hehe |
|
okey, nk lebih manis, guna penyangkut Hello Kitty. hehe
|
Logo baru kat jersey! |
|
okey la, alang-alang dah smpai sini, meh gua cerita kan sedikit sebanyak pasal team nie. ape yg best sangat dengan team ni, sehinggakan boleh masuk blog gue nie. hehe. Ye, nama team nie mmg Kipas Udang. Macam mana bleh wujud nama tu? entah la, gua pon xpasti sangat tentang mcm mne wujudnya nama tu. tp yg pasti, nama tu pernah mereka gunakan dalam satu tournament futsal, dan mereka muncul juara untuk kejohanan tersebut. mybe sebab tu kot, maka nama tu terus melekat sehingga sekarang. untuk pegetahuan korang, team ni dah wujud sejak tahun 2007 lagi. iaitu semasa diploma kat UTMKL dan yang special nye, semasa minggu haluan siswa lagi team ni telah dibentuk, tapi secara tidak rasmi. haa..nampak x? mcm mereka-mereka ni dah ditakdirkan untuk bersama. cheewah!
|
Logo asal |
|
Logo baru |
Okey. tutup bab sejarah penubuhan. pasal kejayaan? ermm..boleh la. nak cakap team kuat, xde la kuat sangat team nie. semua skill pada tahap average je. tapi xde la low sgt. kalau dah low tu, xde la plak gua nak masuk kat sini kan? (hee..sorry guys, jgn marah yer!) tp, ade la sikit-sikit skills, yg boleh buat mereka ni pegi jauh. kalau x smpai final, ke separuh akhir, kalau x separuh akhir, ke suku akhir. Not bad la. Tapi u olls jgn la expect tournament yg berkelas 5 bintang. Ala, Malaysia pon seri je dengan Bangla. dari pemerhatian gue la, team ni kuat atas dasar teamwork dan persefahaman yang tinggi. ye la, main same-same dah berapa tahun, masing tahu kekuatan dan kelemahan masing. So, masing-masing boleh saling backup sesama sendiri. adat permainan. Ade kalah, ade menang. team ni juga pernah masuk kejohanan Kosmo (haa..yang ni memang kejohanan berkelas, no wonder la mereka pulang awal. hehehe.) dan yang paling best, team ni juara bertahan untuk kejohanan piala Dekan Fke (dua tahun), untuk tahun terakhir ni, harap-harap mereka berjaya pertahankan kejuaraan. seterusnya melakarkan hatrik, tiga tahun berturut-turut. InshaAllah.
|
Juara Piala Dekan 2011 |
|
Juara Piala Dekan 2012 |
Kenapa saya suka team ni? sebab die bessttt!! (nada iklan petronas satu ketika dulu). Haha. gurau je. mybe sebab atas dasar kekeluargaan. ye la. bile dah jauh dari family, kawan-kawan merupakan orang terdekat. hampir 6 tahun kami bersama. ade juga yang dah berpisah. (sambung ke u lain, keje, nikah etc. hehe). so, masing-masing dah masak dengan perangai sesama sendiri. so, bagi gue, team ni boleh dibaratkan seperti wakil ''keluarga''. Sape yang x bangga kalau adik sendiri juara lumba lari, adik dapat 5A dalam UPSR. so mcm tu la jgk untuk team ni. Segala kejayaan dikongsi bersama. dan aktiviti paling famous dikalangan kami utk celebrate xlain, xbukan, adalah BBQ !!! . haha.. BBQ dah sinonim sangat dengan kami, kat dalam UTM ni, tempat mana lagi yg kami belum buat? hampir kebnyakkan port menarik kami dah buat. termsuklah tepi court futsal yg kami selalu main. hehe. ermm..post gue yg lepas, pasal
trip to Pantai Air Papan pon separuh dari perbelanjaan di tanggung oleh KUFC. trimas KUFC!
Dan untuk setiap malam minggu (atau masa free), aktiviti kekeluargaan akan berlangsung. ape lgi kalau bukan berfutsal bersame-same. xkesah la engkau kaki bangku ke, kaki kerusi ke, sekurang-kurangnye, kami dapat mengerakan lagi hubungan sesama kami. apa lagi yang hendak dicari oleh pelajar tahun akhir seperti kami sebelum meninggalkan UTM selain kenangan bersama. (of course la kejayaan akademik paling utama). so, dengan berbaki satu semester, gue harap ''team'' ni akan peroleh kejayaan dan terus sukses dah hubungan kekeluargaan kita akan bertambah erat dan bersama-sama kita mencipta sejarah dan memahat kenangan terindah ketika bergelar seorang pelajar!
|
Gelombang biru! |
|
Kenangan hari-hari terakhir semasa diploma (tiga tahun lepas) |
Satu masa nanti, paling tidak, boleh belek photo lama dan mengimbau kenangan sambil mendengar lagu kenangan terindah oleh samsong. hehe.