Saturday, June 11, 2011

Kemuncak Piala FA 2011






Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini bakal menjadi saksi pertembungan dua gergasi dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu yang bakal merebut piala berprestij itu sekaligus dinobatkan juara piala FA 2011.

Terengganu sudah pasti mahu membalas dendam dengan kekalahan 3-0 di tempat sendiri dalam perlawanan liga super 6 jun 2011 yang lalu dimana ketika itu Terengganu bermain tanpa 6 tonggak utama kerana bermain untuk pasukan malaysia dan skuad olimpik.

Kelantan pula sudah pastinya mahu membuktikan yang mereka adalah jaguh sebenar dari pantai timur pada musim ini dengan memenangi piala FA seterusnya Liga Super dimana mereka kini berada di puncak persada Liga Super yang masih lagi berbaki dua perlawanan.

Ketua pasukan Terengganu dan Kelantan

Jika dilihat di atas kertas, jelas sekali kelebihan berpihak kepada pasukan Kelantan dengan rekod pertemuan antara kedua dua pasukan yang menjadi milik Kelantan.

Berikut merupakan rekod pertemuan antara kedua dua pasukan :

Liga malaysia 2011

Terengganu VS Kelantan FA 0:3 06.06.2011
Kelantan FA VS Terengganu 1:1 01.02.2011

Liga Malaysia 2010

Kelantan FA VS Terengganu 3:0 15.05.2010
Terengganu VS Kelantan FA 0:0 09.01.2010

Liga Malaysia 2009

Terengganu VS Kelantan FA 2:0 30.06.2009
Kelantan FA VS Terengganu 3:2 14.02.2009

Walaubagaimanapun, dalam bola sepak segalanya mungkin terjadi. Jika dillihat melalui pasukan yang pernah beraksi di final piala FA, Terengganu telah pun beraksi sebanyak 3 kali dan pernah muncul sebagai juara piala Fa pada tahun 2000 apabila berjaya mengalahkan Pulau Pinang 1-1 [4-3 penalti]

Manakala Kelantan pula kempunan piala Fa pada aksi pertama mereka di pentas akhir pada tahun 2009 setelah ditundukkan oleh Selangor 1-1 [4-1 penalti].

Apa apa pun gua berharap kedua dua pasukan tersebut akan mempamerkan mutu persembahan yang terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi. Elakkan gejala rasuah dari membelengu dunia bola sepak yang kini semakin mebarah di negara kita mahupun bole sepak dunia. Kalah dan menang adat pertandingan. Pasukan yang bakal menjuarai piala FA pada malam ini, tahniah gua ucapkan dan kepada pasukan yang tersungkur pada malam ini, musim depan masih ada lagi.



Trivia ; Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

  • 15 Gol - Abd Hadi Yahya (Terengganu)


  • 14 Gol - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


  • 11 Gol - Abd Manaf Mamat (Terengganu)
  • 10 Gol - Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)




p/s : jauh di sudut hati, sangat berharap pasukan Terengganu yang akan muncul juara. Heheheh ;)

Friday, June 10, 2011

Jom Test IQ !!!




Assalamualaikum....bwahahahaha.... lagi sekali, bwahahahahahaha.. ermm..dah lame rasenye xjenguk jenguk blog nie. Oooopps..bukan stakat blog ni je, FESBUK pon kurang. Almaklumlah, cuti katakan. hehe. Erm, entri kali ni ringan
ringan jek. Cuma nk bermain main dengan otak sahaja. Cuti cuti ni xleh bg otak tu rest sgt, takot nanti bila buka semester baru, berkarat plak otak tuh.. hehehe. Bnda ni gua dapat melalui emel dan gua sendiri pon terkantoi. Ape ape pon, jom layan..

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)









































































Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?








































































































Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)





















































































































Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..







































































































































Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba . * huhuhu, soklan ni gua x kantoi pon. * kembang lobang hidung.



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

































































































































































































































Adakah jawapan anda Nunu takpon tiada jawapan? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?















































































































































Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja..... bwahahahhahahahhahaha...!!!


nk lagi..?? hurmm..ni ade extra.. uji minda anda dengan icture lak. huhu...