ohohoho...lame benar rasenye gue x update blog...(haha...memang lamae pon..)..dlm duk bz je sepanjang tahun...tup2..dah nak final exam..huhu... so,sempena musim exam ni, gue ingin mngucapkan bi taufiq wa najah lil imtihan niha'i kepada semua member2. Semoga Allah membantu kita dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan. Man jadda wajada. Dan jangan lupa untuk berdoa, di samping itu kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Insya Allah...chaiyok2...aja-aja fighting...!! (peh..ade unsur2 korea/ japan di situ..)
9, 10, 12, 23 & last paper...28 hb 12 2010...huhu...ni la tarikh2 keramat ak untuk sem ni.
Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia
Saturday, November 6, 2010
Monday, August 30, 2010
Puasa
at
3:29 AM
Kalau ada supermarket buat jualan bulan ni, beli ape-ape pun , beli 1 dapat sepuluh, buka 24 jam, parking free, tak ada apa apa halangan lagi.....cuba bayangkan... rasanya penuh supermarket tuh....kita pun tak akan lepas peluang tuh..
Tapi sekarang bulan Ramadhan, tawaran Allah bukan buat satu dapat 10 tapi lebih lagi.....syaitan pun kena berkas, pintu neraka ditutup , pintu syurga dibuka... tapi kita masih malas lagi nak buat amal.... bakpe wei????
Sedikit renungan utk kita semua. Semarakkan Ramadhan kita.... ada ke saeng2 gue yang miss terawikh ?...gue...?? hohoho...taon ni terawikh bnyak yang miss.. belobang2 haha.. erm..mmg xley nk elak, sebab malam isnin dan rabu ade class..ape2 pon, aku harap pose kita tahun ni lebih baik dari tahun lepas...huhu..
untuk tujuan peringatan sahaja...
Saturday, August 7, 2010
Double standards of the modern world!
at
2:02 PM
Friday, July 16, 2010
at
7:34 PM
Tuesday, June 1, 2010
Wanita Dan Rumput Semalu
at
9:00 PM
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
"..Ya Allah, kurniakanlah seorang wanita yang pabila ku pandang ia membuatku senang, jika kusuruh dia menurutiku dan jika aku meninggalkanya dia menjaga dirinya dan hartaku.."
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
"..Ya Allah, kurniakanlah seorang wanita yang pabila ku pandang ia membuatku senang, jika kusuruh dia menurutiku dan jika aku meninggalkanya dia menjaga dirinya dan hartaku.."
Saturday, May 29, 2010
28/6/10~ Reunion X-SKBK (batch '01)
at
11:20 PM
Salam..erm, kali nie gue nak share sket kegembiraan gue pasal semalam, hohoho... seblum tu, klo bulan lepas gue terasa sgt sedih kerana terpaksa berpisah dgn bdak2 utm, especially bdak DDK section 08 tp semalam gue rasa sungguh happy n bahagia baaaaanngat sbb dapat jumpe kembali kawan2 tyme skolah rendah dulu.. setiap pertemuan akan wujudnya perpisahan, dan x mustahil pertemuan tersebut dapat di atur semula…hoho dan ini terbukti reunion alumni skbk (batch '01)...
majlis simple je...tp sungguh bermakna..ye la hampir lapan tahun x jumpe katekan..,tp bkan sume yg 8 tahun x jumpe, ade yang gue selalu jumpe, cam aiman…tiap2 hari duk jumpe die..(satu class la ktakan kt utm…) ..thanks a lot to siti nor athirah (sna) kerana memainkan watak penting utk reunion kali nie. Tanpa kesungguhan SNA nie, rasenye x wujud la program nie.. sna trut d bantu oleh nani, aiman, milla, hafiz, and amir..time kaseh jugk yer…
program bermula pada pkul 9.30 pagi..besela janji melayu..gue dalam pkul 10 baru sampai..hee.. mula2 mmg segan la nk jumpe bdak2 nie.. rse cam xde topic je nak bersembang..terutamanye bila jmpe bdak perempuan heee…(ye la gue nie sejak azali lagi pemalu orgnye..) tp, nseb bek bdak2 tu sume sporting, n perangai masing2 mmg x banyak berubah…erm, bile emosi dah agak stabil, mood di zaman kanak2 dah kembali, ape lagi..sembang sakan la gue dengan member2..hohoho…x lupe juga aktiviti kutuk mengutuk sesame sendiri… (terutama sesi bercerita liku2 hidup selepas kluar dari SKBK..) kah kah kah..
tp yg gue x puas hati sket pasal program nie ialah penganjur buat pada hari jumaat..(nk buat cne kan, hari jumaat je ramai yg fee..) ye la, sebagai kaum adam, gue terpaksa menunaikan ape yang patut di tunaikan pada hari jumaat..hoho..(solat jumaat). So, mase untuk bersame2 tu agak terbatas…huhu.. ape2 pon..overall, gue..happy bangat tyme tu..FRIENDSHIP FOREVER~
note : x sabar rsenye nk buat majlis camnie utk bdak2 KRK, smtt, n x lupe juge untuk famly gue kat utm..KKDK..huhuhuhu~
Saturday, May 22, 2010
Cara Sihat Rasulullah
at
8:33 PM
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau
mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan) "(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::
Friday, May 21, 2010
Pengenalan~
at
10:34 AM
Assalamualaikum..hohohoho…akhirnya gue telah pun melangkah selangkah kehadapan dengan adanya blog ini…kekekekeke. Buat pengetahuan semua, ini adalah blog yang kedua yang pernah gue ada. Blog yg lepas..? hohohoho..gue sendiri lupa username dan password blog tersebut. Sebenarnya, gue mmg tidak aktif dalam bidang penulisan nie, sebab itu la blog tersebut dipinggirkan…huhu. Untuk kali ini, gue rase berminat untuk mempunyai blog kerana tertarik dengan sesetengah blog yang wujud di alam maya ini. Banyak input berguna yang gue dapat hasil dari pembacaan dari blog-blog tersebut. Jadi, blog gue ini lebih kepada perkongsian. Like white people say, “sharing is caring..” huhuhuh. sebelum terlupa, terlebih dahulu gue ingin memberitahu yg entri-entri yang ada di blog gue mungkin bukan entri original hasil penulisan gue. Mybe ia di copy dari mana-mana article, newspaper, atau mungkin juga dari blog sesiapa. (insyaAllah, akan gue kreditkan kepada sesiapa yg berkenaan..kalau xde tu sorry la yer, sbb berpuluh2 article dalam hardisk gue yang gue x tahu datangnye entah dari mane..huhu). Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia....oleh sebab itu tiada entri- entri kutuk mengutuk, hentaman, ataupun kritikan yang tidak membina yang akan gue paparkan, postkan di sini. Mybe ade juga selingan kisah atau kejadian yang berkaitan dengan gue akan gue menconteng disini…(tu pon kalau tangan gue dah tersanagat gatal nak menulis..huhuhu )
Oke la, smpai disini dulu rasanye..sbb gue pon dah tau nk conteng ape lagi..huhu..
Assalamualaikum~
Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)