Monday, June 18, 2012

Ber''intership'' la plak!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..tamat sudah final exam utk semester ni (7, 8, 10 & 14). First time gua hbis exam seawal ni. mane x nye..study weeks pon xde. hbis kuliah terus exam derrr !! ape pasal? ni semua gara2 latihan industri yg akan gua jalani bermula esok,18th June until 8th September 2012...lebih kurg 3 bulan jugk la kan.. Fuhhh.. A new phase of my life I guess. yela, mase diploma dulu xde pon latihan industri or internship or praktikal ni.

Tempat praktikal? dah tentu la TNB Kuala Terengganu. selain sebab-sebab tertentu yg menyebab kan gua ber''internsip'' kat sana, TNB ni merupakan tempat terdekat dengan rumah gua. hee..xkesah la xdpt elaun ke ape, janji paling dekat dgn rumah. kat situ dah boleh save makan minum, & sewa tempat tinggal dan yg paling penting lagi mustahak, time bulan puasa nanti... insyaAllah, dapt berbuka puasa kat rumah..yeahhh!!

so, utk esok..rase ''nerbes'' pon ade. almaklum la..first time nk ber''internship'' ni. tp, walau apa pon yg terjadi, niat kena betul. kat surat tawaran tu pon ade tulis '' ....kami juga percaya saudara akan medapat manfaat dari latihan yang akan dijalankan...''... haha..insyaAllah, akan gua manfaatkan sepenuhnya peluang yg diberikan dan akan cari pengalaman sebnyak mungkin selama 3 bulan ni. kalau selama ni duk belajar theory je kat dalm kelass, kali ni..nah, rasakan berpraktikal plk. heee ;))

Ermm...hope semua baik2 belaka. you all yg baca ni, wish me luck okay! hee.. then, gua will update my post next time. see ya... eh..eh..ter''skipping'' la plak...

wassalam..


*cabaran, nk ke tempat praktikal mesti bangun awal, tp sekarang tengah demam Euro! huuuu...;))


nk upload tempat praktikal xde lagi. so gua upload gmbar '''praktikal'' dlm UTM je la..heee..
ni plak gmbar mase final year..heee..dah matured  dah...
gambar lab mase first year dulu..hehe..budak lagi...

Monday, June 4, 2012

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya.

Wah..menarik x tajuk tu..menarik kan..? huhu..

Gua copy je rticle ni bukan original di tulis dari gua yer. just nk share dgn you olls jom bace sat!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.



Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?



Maka saya hendak bertanya kepada anda.



Adakah anda tahu apa itu istidraj?



Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.



Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.





Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.



Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,



“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”



Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.



Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.



Nah… Apakah itu yang kita mahu?



Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?



Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.





Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.



Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.



Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.



Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.



“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,



“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”



Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,



“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”



Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.





Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?



Saya yakin tidak..



Anda tenang sekarang?



Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.



Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.



Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula...

AMIN......

Sunday, June 3, 2012

Blok ku (S38) yang Osem!

Pejam celik, pejam celik. Dah nk habis sem dah rupenye. sekejap je. mksudnye, sem depan dah jadi pelajar tahun akhir rupenye gua kat utm. memandangkan tarikh permohanan kolej secara online  utk sem depan dah makin dekat, so gua dgn berbesar hati utk bercerita pasal kolej. ermm..

okeyh, sebelum tu.meh gua citer sket la pasal sistem permohonan kolej kat utm ni. ermm...setiap tahun (selang dua semesta) kami kat utm pasti akan berpindah randah. y? sebab dah peraturan mcm tu. haha..kalau sem tahun lepas gua duk blok s38, KTC., tahun ni gua pindah ke s37. tahun depan??? entah la. kebiasaan students baru pihak kolej akan letak mereka2 ni kt blik yg berdekatan dgn fakulti. bile dah matang sket, pindah ke blok jauh sket.. dan cycle ni akn berulang selagi sistem ni x berubah. betul ke? errmm..kena tnya pengetua dulu.

so utk tahun seterusnya, kami diberi option utk tinggal kolej mana. terdapat dua cara utk apply kolej ni..first, melalui kuota pengetua. kebiasaan kuota pengetua ni utk yg aktif-aktif dan bnyak jasa kat kolej je..so, kalau org yg xberjasa kat kolej mcm gue ni...mmg x dapt ler...second, apply secara online (5 June ni laa..)...haa...utk apply on9 ni, agak mencabar sket. sbb kalau lmbat apply, mmg xdpt la kolej yg terdekat...silap, tercampak ke pedalaman. haha. internet connection mensti kena kuat! pukul 9 talian buka, pukul 8.45 dh kena tkan button refresh banyak2 kali. haha...extreme gile kan? haha..

ouh.. dah tiga perenggang. tp x masuk lagi isi utama. hehe. okeyh, skrg merujuk kepada perkara diatas. ape yg osem sgt dgn blok gua ni??. rasanya, ni la kelebihan yg mmg penghuni blok lain dengki dgn blok gua.


LAN Cable?..mksudnya ?..haa..utk pengetahuan anda semua, Kolej Tuanku Canselor (KTC), cuma ada dua blok je yg ada LAN internet. blok lain semua pakai wifi. tp bayaran yuran tetap sama untung kan? haha.. speed die? huishhh...xpayah citer la. kalau tengok youtube tu, mmg xde buffering langsung! kdg2 malam minggu tengok bola live streaming kat bilik je. haha. kalau nk mendownload citer tu, xmain la kualiti video kualiti yg low...semua nk HD dan bluray je. haha. smpaikan hardisk 500GB Si Anu tu penuh dengan movie je. Game? request je.. asal ade link, sejam lepas tu confirm bleh main. haha. game zaman skrg ni bukan cam dulu ye...paling kurang pon 3-4GB die pnye installer. tp kalau takat game angry bird tu xpyh highspeed tenet connection pon xpe kan?  haha..

"Errmmmm....ade tenet laju pon, tp salah guna buat ape...donload game dgn movie je.."

Opppsss!! bukan la camtu...pasal game dan movie tu just nk tunjuk bertapa lajunye tenet kat bilik gue. hehe.. esement, homework, project...xyah kira la..mmg kami guna sepenuhnya advantage yg ada utk pelajaran semaksimum mungkin! "errr...copy paste ek? ..plagiarism !!" haha...pulak dah!!

ermmm...tp semua ni hnya untuk tahun ni je. sem depan confirm dh x duduk blok ni lagi. Sah pakai wifi..ataupon gue terpaksa subscribe semula celcom broadband. errmm...duit lagi..


Tambahan sket...gmbar kat atas ni, gmbar tahun lepas. masa gue duk blok s39. blok ni cuma pakai wifi. then, kabel ke router aras dua kena potong. so xde connection la kat router aras tu. motif? haha...bese la...kalau ada 3 aras, mskudnya..ada 3 router... kalau potong satu..mesti kurang pengguna..so internet makin laju la sbb jumlah yg pengguna yg berkurangan. nk loging fb saja, xde la smpai menunggu smpai setengah jam. busuk hati kan? haha..

ermmm...blok gua juga bersebelahan je dengan fakulti. kalau kelas puku 9 tu...pukul 8.45 baru siap2 nk g mandi. haha..boleh jalan kaki je utk ke kuliah. ermm..save dh minyak motor kat situ...

Haaa...ni la blok gua...haha...sorry, gua mlas kluar nk tngkap gambar..cuma rembat dari FB kolej je...
haa..ni blok depan blok aku...rupa dia same je. so kalau gmbar sebelum ni suku je nmpk blok, bleh tengok yg ni haa..
Errmm...smpai takat ni je la kali ni...stop dulu. sbb nk fikir nk apply kolej mana sem depan. hrmmmm... K10 atau terus setia dengan KTC.....zzZZZzzzZZZzzZZZz...